top of page

REHAB STROKE

istockphoto-1168179082-612x612.jpg

 STROKE

Apabila aliran darah ke otak terganggu, strok boleh berlaku. Strok juga boleh dirujuk sebagai cerebral vascular accident ( CVA) 

​

Penyakit ini boleh mengancam nyawa apabila berlaku bekalan darah ke otak terputus disebakan oleh pembekuan darah atau saluran darah yang rosak.

 

Strok iskemia berlaku apabila bekuan darah menyekat arteri atau saluran darah di otak, manakala strok hemoragik berlaku apabila saluran darah pecah dan menghasilkan pendarahan di otak.

 

Mangsa strok selalunya lemah atau lumpuh sebelah badan, pada belah kiri atau kanan.

 

Terdapat pesakit strok yang mempunyai simptom yang sangat kecil dan boleh berfungsi secara bebas, walaupun anggota badan tertentu menjadi lemah dan mobiliti terhad. Bagaimanapun, sesetengah mangsa strok mengalami simptom yang teruk.

KOMPLIKASI

Strok kadangkala boleh menyebabkan hilang upaya sementara atau kekal, bergantung pada berapa lama otak kekurangan aliran darah dan bahagian mana yang terjejas. Komplikasi mungkin termasuk:

  • Lumpuh atau kehilangan pergerakan otot.

  • Kesukaran bercakap atau menelan.

  • Kehilangan ingatan atau kesukaran berfikir.

  • Masalah emosi.

  • sakit.

  • Perubahan dalam tingkah laku dan keupayaan penjagaan diri.

RAWATAN STROK DI SABHA PHYSIO & REHAB CENTRE

1. Konsultasi

2. Meningkatkan Mobiliti

  • Meningkatkan keupayaan untuk melengkapkan aktiviti motor dengan berlatih berjalan di atas tanah dengan bantuan fizikal atau alat bantuan dan berjalan treadmill.

3. Mobilisasi Awal

  • Senaman aktif di mana pesakit boleh membantu aktiviti menggunakan kekuatan otot mereka sendiri seperti berguling, mengiring, duduk, berdiri, dan berjalan, pergerakan badan dan kaki bergerak dan tidak menyekat pesakit daripada memerlukan bantuan keluarga atau bantuan peralatan.

4. Kedudukan ( Positioning)

  • Membantu untuk mendapatkan semula pergerakan yang hilang berikutan strok anda & untuk meningkatkan kesedaran dan perlindungan bahagian badan yang lebih lemah.

5. Latihan Imbangan

  • Latihan khusus dan latihan berulang mungkin membantu anda mendapatkan semula keseimbangan anda. Ia boleh membantu otak untuk menyusun semula diri dan membaiki  kumpulan otot yang lemah dengan melakukan aktiviti pemulihan keseimbangan.​

SABHA PHYSIO & REHABILATION CENTRE

1-6 PV 128 JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR

Contact Info

017-2294 660

OPERATION HOURS

Monday - Friday : 

9.00 am - 6.00 pm 

Saturday :

8.00 am - 5.00 pm

Sunday & Public Holidays:

Closed

bottom of page